Mengenai Kami

Sukarelawan Antidadah (SKUAD Antidadah) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri pada 2011, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri di mana salah satu komitmen, iaitu komitmen ke 7: Menggerakkan gelombang kesukarelaan.

Semangat kesukarelaan perlu diperluaskan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan AADK (SKUAD Antidadah) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah dan ancaman dadah.

Gabungan Sukarelawan AADK (SKUAD Antidadah) terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat, Rakan Antidadah (RADA), Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).


  • 64x64

    RADA

    Rakan Anti Dadah

  • 64x64

    JKPD

    Jawatankuasa Rawatan Dan Pemulihan Dadah

  • 64x64

    PENDAMAI

    Persatuan Alumni AADK

  • 64x64

    PRS

    Pembimbing Rakan Sebaya

  • 64x64

    ALP

    Ahli Lembaga Pelawat

Hubungi Kami

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan cadangan berhubung SKUAD 1Malaysia AADK.

Alamat

Bahagian Pencegahan,
Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan
Aras 3, Blok A, Jalan Maktab Perguruan Islam
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8911 2408 | 2407
Email
skuad@adk.gov.my
Laman Web
www.adk.gov.my